Hashbrown adalah diantara makanan barat yang popular di Malaysia. Seringkali disajikan sebagai juadah makan pagi. Cara penyediaannya mudah dan menggunakan bahan yang minimal membuatkan ia di mudah didapati dimana-mana sahaja. Untuk menjadikan ianya lebih menarik, kami di Laman Resepi kongsikan resepi hashbrown cheese viral yang dipopularkan oleh saudara AJ Idris.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji ubi kentang bersaiz sederhana besar, diparut, dicuci dan diperah sampai kering.*
  • Sebiji bawang merah dicincang halus.*
  • ΒΌ (suku) cawan tepung gandum.*
  • Sebiji telur ayam*
  • Mozzarella cheese yang dipotong kecil-kecil

Cara-cara untuk menyediakannya:

  1. Campurkan semua bahan* ke dalam 1 bekas. Kemudian, masukkan garam dan lada sulah secukup rasa dan gaul hingga sebati dan tak melekat.
  2. Kemudian, letakkan campuran bahan diatas telapak tangan, dan ratakan.
  3. Letakkan mozzarella cheese ditengah-tengah campuran bahan yang telah diratakan tadi seterusnya ditutupkan dengan campuran bahan tadi.
  4. Goreng selama 10 minit atau sehingga warna keperangan dan siap.

Nota penting: Ubi kentang parut perlu diperah betul-betul sehingga kering. Jika tidak, ia akan berair. Tepung juga jangan terlebih, nanti tak jadi hashbrown.

Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini