Lauk kobis masak lemak putih, resepi tradisional. Selalu dijamu oleh orang-orang yang tinggal dikampung. Ringkas, tapi sangat menyelerakan.

Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Setengah biji kobis bulat yang dihiris kasar
  • Setengah batang lobak merah dihiris nipis
  • 1 ketul tauhu yang dipotong kiub kecil
  • 1 genggam ikan bilis yang direndam dan ditumbuk kasar
  • 3 biji bawang merah yang dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis
  • 1 biji cili merah yang dihiris nipis
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan dulu santan cair di dalam periuk dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, kiub tauhu dan lobak merah.
  2. Masukkan pula kobis dan cili merah.
  3. Masak seketika sehingga semua bahan menjadi sedikit lembut.
  4. Masukkan pula santan pekat dan teruskan kacau supaya santan tidak berketul. *Jangan gunakan api yang besar.
  5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

Kongsi
Artikel sebelumResepi Daging Masak Black Pepper
Artikel selepasResepi Teh Ais Madu
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini