Tepung bungkus, kuih pencuci mulut orang dulu-dulu. Enak dimakan, rasanya lemak-lemak manis. Sehingga kini disukai ramai.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk bancuhan tepung:

  • 2 bungkus tepung beras ( siam )
  • 10 cawan air
  • 24 sudu gula
  • 2 sudu garam
  • 1kg santan

Cara-cara menyediakannya:

  1. Masukkan 5 cawan air, gula, garam dan santan ke dalam kuali. Kacau sampai mendidih.
  2. Bancuh baki 5 cawan air bersama tepung kemudian kacau hingga sebati.
  3. Masukkan bancuhan (1) ke dalam kuali dan kacau hingga tepung betul-betul sebati, masak dan nampak berkilat.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk inti:

  • 5 biji kelapa
  • 1 kg gula melaka
  • 1/2 sudu garam
  • 1/2kg gula
  • 2 sudu debu pulut
  • Daun pandan

Cara-cara menyediakannya:

  1. Masak kelapa dengan air sehingga masak.
  2. Masukkan gula melaka, gula dan daun pandan.
  3. Bancuh tepung pulut dengan sedikit air dan masukkan kedalam adunan kelapa.
  4. Masak sehingga kering.
  5. Bulat-bulatkan inti dan gaul dengan debu pulut.

Cara-cara untuk siapkan tepung bungkus

  1. Alaskan dua helai daun pisang.
  2. Letak 1 sudu bancuhan tepung kedalam daun pisang.
  3. Masukkan 2 biji inti, tutup inti tadi dengan satu sudu lagi bancuhan tepung.
  4. Balut tepung yang telah dimasukkan inti kemudian lipat di bahagian hujung kiri kanan.
  5. Kukus selama 20 hingga 25 minit.
  6. Sejukkan dan ianya sedia untuk dimakan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

Kongsi
Artikel sebelumResepi Air Mangga Susu Special
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini