Resepi teh ais madu dengan buih yang memukau sebenarnya mudah sahaja. Boleh dibuat dengan beberapa bahan ringkas. Sesuai untuk dihidangkan ketika menjamu selera bersama keluarga atau sahabat handai.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500ml air mendidih
  • 3 sudu besar serbuk teh
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar madu

Cara-cara menyediakannya:

  1. Bancuh serbuk teh dalam air mendidih selama lebih kurang 10 minit.
  2. Tapis teh
  3. Masukkan susu pekat dan madu kemudian kacau hingga sebati.
  4. Tarik sehingga berbuih.
  5. Sedia untuk dihidang. Boleh tambah aiskrim atau ais jika mahu.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini