Teh 3 layer, lebih enak berbanding teh biasa. Sejuk menyegarkan tekak, memberikan keselesaan berganda lebih-lebih lagi apabila tiba waktu berbuka puasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 uncang teh
  • 3 keping gula melaka
  • 1/2 tin susu cair F&N
  • Sedikit air
  • Ais

Cara-cara membuatnya:

  1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
  2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur.
  3. Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
  4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka.
  5. Kemudian masukkan susu cair F&N dengan perlahan-lahan.
  6. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan.
  7. Siap untuk diminum!

Nota: Untuk kurangkan manis, sila kurangkan gula melaka. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat

Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

Kongsi
Artikel sebelumResepi Asam Pedas Ikan Merah Johor
Artikel selepasResepi Mudah Ayam Masak Kicap
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini