Tauhu begedil, rasa sekali mahu lagi. Resepi ini menjadi viral kerana keenakan rasanya. Enak dimakan ketika berehat santai bersama saudara-mara ataupun sahabat handai.

Bahan yang diperlukan:

  • Tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar.
  • 4 hingga 5 biji kentang Holland (untuk dilenyek)
  • 2 hingga 3 ulas bawang putih
  • 2 hingga 3 biji telur
  • Semangkuk isi ayam kisar
  • Sedikit bawang goreng atau daun ketumbar
  • Tepung jagung (sedikit sahaja)
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit air

Cara-cara membuatnya:

  1. Bersihkan dan potong dadu kecil kentang Holland, kemudian rebus sehingga lembut.
  2. Toskan kentang yang telah direbus, lenyekkan dan gaul bersama secubit garam. (*1)
  3. Tumis bawang putih, bawang merah serta masukkan sedikit isi ayam yang telah siap direbus (*2).
  4. Asingkan tumisan dalam satu bekas lain.
  5. Campurkan kedua-dua campuran; kentang lenyek (*1) dan tumisan isi ayam (*2) tadi sehingga serasi.
  6. Gunakan pisau tajam untuk memotong sedikit bahagian tepi tauhu kemudian sumbatkan tauhu itu dengan adunan kentang lenyek dan isi ayam. *Pastikan inti yang disumbat tidak terlalu penuh kerana takut terkeluar semasa proses menggoreng.
  7. Setelah isi siap disumbat, biarkan ia seketika dalam peti.
  8. Sebelum menggoreng, pecahkan telur dan pukul bersama sedikit garam dan tepung jagung.
  9. Celup tauhu satu persatu dan goreng sehingga garing dengan menggunakan minyak yang penuh.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini