Sup tulang, enaknya dimakan ketika tengah panas. Dicicah kuahnya bersama roti, alangkah sedapnya hingga tak terkata.

Anggaran hidangan: 4 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500g tulang
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • 2-3 tangkai cengkih
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 biji kentang sederhana besar
  • Tomato dipotong 4

Cara-cara menyediakannya:

  1. Campur dan kisarkan bawang putih, bawang merah, buah keras, jintan manis, lada hitam, serbuk ketumbar, jintan putih
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
  3. Tumiskan bahan yang dikisar bersama dengan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih
  4. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
  5. Masukkan tulang, kacau dan biarkan sebentar
  6. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
  7. Bila sup mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang.
  8. Masak sehingga empuk.
  9. Kemudian akhir sekali, masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa.
  10. Boleh tabur daun sup dan bawang goreng untuk dihidangkan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini