Sup tulang merah, lain daripada resepi sup tulang yang diketahui ramai. Kuah supnya pekat, berempah serta lazat jika dimakan bersama roti ataupun nasi.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500 gram tulang lembu berdaging
  • 2 batang saderi dihiris besar
  • 1 1/2 sudu besar tomato puree
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
  • 1 batang lobak merah dipotong dadu
  • 1 biji kentang dipotong dadu
  • Sedikit daun sup dihiris
  • Sedikit bawang goreng

Bahan untuk dikisar halus:

  • 8-10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai dihiris nipis
  • 1 inci halia

Bahan untuk tumis:

  • 4 biji buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kayu manis

Cara-cara menyediakannya:

  1. Bersihkan tulang dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak kedalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi sedikit masak keperangan di permukaan daging, angkat dan asingkan.
  3. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan sekali bahan-bahan yang dikisar dan perlu ditumis sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam. Tumis selama 3-4 minit.
  5. Masukkan tomato puree dan tulang tadi, gaul rata kemudian masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam.
  6. Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut.
  7. Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah. Masak lagi sehingga semuanya menjadi empuk.
  8. Tambah garam secukup rasa.
  9. Angkat dan hidangkan didalam mangkuk bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Bubur Ayam McD
Artikel selepasResepi Bubur Daging Cincang
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

1 COMMENT

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini