Resepi sup ikan merah, menu pilihan ketika badan tidak berapa sihat. Enak dimakan ketika panas.

Anggaran hidangan: 1-2 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ikan merah bersaiz sederhana
  • 3 biji tomato dipotong empat
  • Jus perahan limau nipis secukupnya
  • Daun sup
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan untuk menumis:

  • 1 bungkus sup bunjut ikan Adabi
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 biji lada hitam
  • 5 biji cili api

Cara menyediakannya:

  1. Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian.
  2. Semua bawang, halia, lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis kesemua bahan tadi.
  4. Kemudian masukkan rempah sup bunjut.
  5. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan seterusnya masukkan air yang secukupnya dalam periuk.
  6. Masukkan cili api dan ikan, biarkan sampai mendidih.
  7. Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya.
  8. Masukkan garam dan kacau sup seketika.
  9. Kemudian masukkan tomato.
  10. Bila buah tomato nampak layu boleh ditutup apinya, dan akhir sekali tabur daun sup yang sudah dipotong halus ke dalam sup.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini