Sotong goreng halia bermadu, baunya wangi menangkap kalbu. Manisnya enak melengkap rasa. Cuba sekali pasti hendak lagi.

Anggaran hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan 1

  • 1kg sotong
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 1 inci halia ditumbuk lumat
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Minyak

Bahan 2

  • 1 biji bawang besar yang dikisar
  • 5 biji bawang putih yang dikisar
  • 4 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 biji cili merah dihiris kecil (tukar kepada cili api atau lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 1 biji tomato
  • daun bawang dan bawang goreng

Cara-cara menyediakannya:

  1. Gaulkan bahan 1 (sotong, bawang putih, halia ,serbuk kunyit dan garam) kemudian perapkan selama 10minit.
  2. Setelah diperap, goreng sotong sehingga separuh masak kemudian asingkan didalam satu bekas.
  3. Tumis bahan 2 (bawang besar dan bawang putih) sehingga naik bau.
  4. Masukkan madu dan kicap.
  5. Goreng sehingga pecah minyak, kemudian masukkan cili merah dan tomato.
  6. Masukkan kembali sotong yang digoreng tadi.
  7. Gaul sebati hingga sotong masak sepenuhnya
  8. Masukkan kedalam pinggan, tabur daun bawang dan bawang goreng diatasnya.
  9. Hidangan sedia untuk dimakan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

1 COMMENT

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini