Resepi siput sedut masak lemak cili api adalah hidangan tradisional yang digemari ramai. Tanpa perlu dihidangkan dengan lauk lain, lauk siput sedut ini sahaj sudah mampu membuatkan orang yang memakannya makan hingga menjilat jari. Dan sudah pastinya, masakan ini lebih enak jika dimasak sedikit pedas.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg siput sedut – direndam air garam, ekor dipotong dan bersihkan
  • 10-15 biji cili api – dikisar halus (boleh lebihkan kalau suka pedas)
  • 5 ulas bawang merah yang dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih yang dikisar halus
  • 2 inci kunyit hidup yang dikisar halus
  • 2 inci halia yang dikisar halus
  • 2 batang serai yang dipecahkan
  • 1 kotak santan
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Tumis cili padi, kunyit hidup, halia, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  2. Masukkan santan, siput dan serai.
  3. Masak dengan api sederhana dan terus kacau secara perlahan.
  4. Tambah gula dan garam secukupnya.
  5. Masak siput hingga kuah mendidih dan pekat.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini