Resepi singgang ikan yang ringkas dan menjilat jari. Rasa yang lebih enak jika dimasak bersama ikan tongkol/ikan aya dan sangat sedap walaupun dimakan dengan nasi kosong sahaja.

Anggaran hidangan: 3 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 potong ikan tongkol yang telah dibersihkan
  • 2 inci lengkuas, potong dan ketuk
  • 3 biji bawang merah dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1-2 keping asam gelugor
  • 5-6 biji cili padi
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa/ajinomoto (optional)

Cara menyediakannya:

  1. Bersihkan ikan tongkol dan toskan.
  2. Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan tongkol, asam gelugor dan diikuti cili padi.
  4. Rebuskan sehingga ikan betul-betul masak.
  5. Tambah gula dan garam secukup secukup rasa.
  6. Sesudah mendidih, singgang ikan sedia untuk dihidangkan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

Kongsi
Artikel sebelumResepi Pengat Pisang
Artikel selepasResepi Bubur Ayam McD
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

1 COMMENT

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini