Resepi sambal tumis daging, satu lagi menu yang dienak dimakan bersama nasi yang panas-panas. Lebih enak jika daging yang dimasak, empuk dan dan lembut.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Daging
  • Bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris halus)
  • Cili kering (direndam dan dimesin)
  • Air asam jawa
  • Sedikit gula dan garam

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan kuali. Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kering yang telah dimesin dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan gula dan kacau.
  4. Masukkan daging yang dipotong kecil.
  5. Masukkan juga air asam jawa.
  6. Kacau dan panaskan sambal daging sehingga agak pekat.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal dimasak garing dan pecah minyak.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini