Roti John antara menu yang jadi pilihan ketika bulan Ramadhan. Untuk menjadikannya lebih menarik, apa kata kita cuba pula roti john cheese. Tangkap leleh beb!

Anggaran hidangan: 1-2 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji bawang putih dipotong dadu
  • Roti panjang untuk sosej
  • Kobis
  • Keju Cheddar/Mozzarella
  • Serbuk cheese (dibancuh dengan air supaya menjadi sos cheese)
  • Mayonis
  • Garam, gula secukup rasa
  • Daging/ayam cincang

Cara menyediakannya:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
  2. Masukkan daging, serbuk kari dan serbuk lada putih, garam secukupnya. Biar seketika hingga daging masak.
  3. Setelah masak, angkat dan letak inti ke tepi.
  4. Pukul telur didalam satu mug besar. Masukkan inti daging dan kacau hingga sebati.
  5. Belah ditengah-tengah roti menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan sedikit planta pada permukaan roti dan letakkan diatas kuali leper untuk seketika, kemudian angkat roti itu setelah kelihatan sedikit garing.
  7. Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti.
  8. Taburkan keju parut cheddar/mozzarella diatasnya memenuhi permukaan inti.
  9. Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sebentar inti tu.
  10. Bila dah masak inti dan telur tu, balikkan roti seketika dan angkat.
  11. Roti john yang sudah siap dimasak itu tadi dituang sos, mayonis dan juga sos cheese serta kobis yang dihiris nipis diatasnya.
  12. Potong dan roti john sedia dimakan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

SumberAstro Gempak
Kongsi
Artikel sebelumResepi Ayam Percik Kuah Merah
Artikel selepasResepi Ayam Halia
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini