Pulut Mangga Thai, antara pencuci mulut yang enak. Kombinasi pulut yang manis, santan yang berlemak serta mangga yang masak meranum merupakan rahsia bagi keenakannya menu ini.

Anggaran hidangan: 5 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:

Untuk pulut mangga

  • 400 gram beras pulut yang direndam semalaman
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar bijan yang telah digoreng tanpa minyak (untuk ditabur)
  • 3 biji buah mangga
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • Sedikit garam
  • beberapa helai daun pandan, atau daun pisang

Untuk kuah santan

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air
  • 1 helai daun pandan, disimpul dan dicarikkan
  • garam secukup rasa (selalunya kuah santan dibuat sedikit masin)

Cara-cara menyediakannya:

Untuk pulut

  1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  2. Bilas beras pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya.
  3. Masukkan beras pulut ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa mengukus adalah 20 minit.
  4. Apabila pulut sudah lembut, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yang besar.
  5. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati.
  6. Tuang sekata bancuhan santan itu ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.
  7. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Untuk kuah santan

  1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak menggunakan api yang sederhana besar.
  2. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.
  3. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau santan agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung (mengikut kesesuaian/kehendak anda).
  4. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut.
  5. Angkat, sejukkan dan kuah sedia untuk dihidangkan bersama pulut.

Mangga dipotong dan diletakkan bersama hidangan setelah semuanya siap dimasak.

Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
SumberChe' Nom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Cucur Bawang Kampung
Artikel selepasResepi Kek Coklat Kukus
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini