Puding roti, pencuci mulut yang enak dimakan. Roti yang bakal tamat tempoh, boleh digunakan untuk membuat resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 6-7 keping roti
  • 30 gram butter/mentega yang dicairkan
  • 80 gram kismis
  • 4 biji telur
  • 475 ml susu segar
  • 150 gram gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara menyediakannya:

  1. Carik kecil kesemua kepingan roti kemudian susun atur didalam bekas yang boleh dimasukkan ke dalam oven
  2. Tuangkan butter yang telah dicairkan sama rata keatas permukaan roti yang telah disusun.
  3. Taburkan kismis.
  4. Didalam mangkuk pengisar, pukul rata telur, susu segar, gula dan esen vanila.
  5. Tuangkan keatas roti
  6. Bakar didalam oven dengan suhu setinggi 175 darjah selsius selama 45 minit.
  7. Siap. Hidangan boleh dihidangkan panas-panas ataupun boleh disimpan didalam peti sejuk terlebih dahulu.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Char Kuey Teow Penang
Artikel selepasResepi Kuih Tepung Pelita Asli
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini