Pengat pisang, pencuci mulut tradisional. Rasanya lemak mani, dan sedikit masam buah pisang. Sedap dimakan ketika masih panas.

Anggaran hidangan: 5 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 biji pisang tanduk, boleh digantikan dengan pisang berangan atau pisang nangka
  • 2 santan kotak
  • 2 cawan air)
  • 1/2 cawan sagu yang telah bersihkan
  • 2-3 keping gula melaka
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

  1. Buang kulit pisang tanduk dan hiris isi pisang secara menyerong setebal 1-2 cm setiap satu.
  2. Masukkan pisang ke dalam periuk.
  3. Masak pisang bersama santan, air, sagu, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan.
  4. Kacau dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
  5. Tambahkan air jika terlalu pekat. Apabila kuah mula mendidih, tutup api dan siap untuk dihidangkan.

 

Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Ayam Madu BBQ
Artikel selepasResepi Singgang Ikan Mudah
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini