Makan nasi mesti disatukan dengan lauk, barulah tekak berselera untuk makan. Ayam boleh dimasak dengan pelbagai cara, tetapi kali ini apa kita cuba masak resepi ayam paprik. Mana tahu sedapnya membuatkan selera bertambah-tambah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 ketul ayam dipotong kecil
  • 11 biji cili api dipecah-pecahkan (boleh tambah jika mahu lebih pedas)**
  • 2 ulas bawang putih yang dicincang halus**
  • 2 helai daun limau purut dihiris halus**
  • 2 biji putik jagung yang dibelah 2**
  • 2 biji kacang panjang dipotong 1 inci**
  • 2 sudu besar cili kering kisar**
  • 2 sudu besar cili sos*
  • 2 sudu besar tomato sos*
  • 1 sudu besar sos tiram*
  • 1 biji bawang besar dibelah kecil**
  • 1 biji cili merah dipotong kecil**
  • 1/2 biji karot dihiris nipis**
  • 1 cawan air
  • sedikit bunga kobis dipotong kecil**
  • sedikitĀ garam dan serbuk perasa

Cara-cara menyediakannya:

  1. Masuk dan panaskan sedikit minyak ke dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih hingga naik bau wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan kesemua sos*. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil dan kacau rata sehingga isi ayam masak.
  6. Masukkan air dan tunggu hingga mendidih.
  7. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau hingga rata.
  8. Masukkan semua bahan yang telah dihiris dan sambung kacau sehingga rata. Masak hingga sayur empuk.

Kalau nak kuah lebih, boleh tambahkan sedikit air.

Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini