Sekali makan oden Family Mart mesti termimpi-mimpi. Kuahnya yang seakan-akan kombinasi kuah tomyam campuran asam pedas, sekali dihirup tak cukup semangkuk. Untuk menyediakannya mudah saja, bahan yang diperlukan juga mudah dicari.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Untuk kuah oden

  • Perencah Asam Pedas adabi 2 paket
  • Perencah Tomyam 4 sudu besar atau 1paket
  • 1 kiub perencah tomyam
  • Garam
  • Air

Untuk oden

  • Fish tofu
  • Seafood tofu
  • Crab stick
  • Fishcake

* Kesemua bahan oden boleh dibeli di pasaraya atau mana-mana kedai frozen food terdekat dengan anda.

Cara-cara menyediakannya:

  1. Tumis perencah asam pedas
  2. Masukkan air sesedap rasa. Jangan terlalu banyak, nanti tawar.
  3. Kemudian masukkan perencah tomyam.
  4. Biarkan mendidih, tambah garam jika perlu.
  5. Sesudah mendidih, boleh masukkan bahan-bahan oden.
  6. Bila dah agak-agak bahan oden dah masak, boleh tutup api dan sedia untuk dimakan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini