Nasi ayam sememangnya kegemaran ramai. Tak kira dimana-mana sahaja ianya mudah dijumpai. Yang tua, yang muda, bahkan kanak-kanak juga menyukainya. Cara-cara menyediakannya juga tidaklah terlalu susah.

Anggaran hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan yang diperlukan:

Bahan untuk ayam (direbus)

  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 2 cm halia ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap)

  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi

  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos

  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup

  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap

  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara-cara menyediakannya:

Cara untuk ayam

  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih dan halia yang diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi

  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih sehingga garing.
  3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.
  4. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup

  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
  2. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos

  1. Kisarkan semua bahan diatas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap

  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Jangan rebus ayam terlalu lama kerana nanti dikhuatiri isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

MELALUIChe' Nom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Ketam Masak Tiga Rasa
Artikel selepasResepi Mee Bandung Muar
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini