Ayam goreng kicap antara menu bujang yang popular. Tidak susah untuk dimasak, dan ia merupakan menu yang sedap untuk dimakan. Kegemaran kanak-kanak juga.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 6-7 ketul ayam
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai cili merah/cili padi
  • 1/2 biji bawang besar dibelah 6
  • Kicap lemak manis
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara menyediakannya:

  1. Campurkan garam dan serbuk kunyit. Lumur pada ketulan ayam dan goreng
  2. Blend atau tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga hancur dan tumiskan diatas dapur sehingga naik bau wanginya.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau hingga rata.
  4. Masukkan pula kicap lemak manis secukupnya.
  5. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah.
  6. Siap
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Teh 3 Layer (3 Lapis)
Artikel selepasResepi Chocolate Brownies Kedut
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini