Mee bandung muar, sedap dimakan ketika panas. Dipenuhi dengan isi-isi daging, masam mani pedas kuahnya membuka selera sesiapa sahaja yang mencuba.

Anggaran hidangan : 3 orang

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 1 paket mee kuning
  • 8-10 biji cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar udang kering
  • 200 gram udang
  • 200 gram daging
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 cawan stok daging
  • 4-5 batang sawi
  • Sedikit kubis
  • 1 camca besar sos tiram
  • 2 bij telur

Cara Penyediaan:

  1. Rebus udang kering bersama 1/2 cawan air sehingga lembut.
  2. Blend kan cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering tadi.
  3. Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan batang sawi, sos tiram, udang dan daging, kemudian kacau seketika.
  5. Masukkan 3 cawan air rebusan daging.
  6. Masukkan daun sawi, kubis berserta bancuhan tepung jagung.
  7. Masak sehingga mendidih, dan tuangkan ke atas mee kuning.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
SumberChe' Nom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Nasi Ayam Asli
Artikel selepasResepi Air Jagung Special
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini