Lamb Chop menu western pilihan ramai. Sedap hingga menjilat jari, lebih-lebih lagi sekiranya dihidangkan panas-panas.

Anggaran hidangan 4-5 orang

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 5 keping daging kambing
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 sudu butter atau planta
  • 1 sudu tepung gandum atau tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 sudu lada hitam yang telah ditumbuk hancur @ serbuk lada hitam
  • 1 sudu sos cili
  • 1 kiub pati ayam atau lembu
  • *cendawan butang (optional)

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan periuk, cairkan butter.
  2. Tumiskan bawang besar sehingga sedikit masak kekuningan.
  3. Kemudian masukkan bancuhan tepung gandum atau tepung jagung.
  4. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk hancur, sos cili dan kiub pati ayam.
  5. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
  6. Masak hingga mendidih kemudian padamkan api.
  7. Simpan separuh daripada sos masakan itu untuk disiram atas daging yang dah dibakar/panggang nanti. Separuh lagi digunakan untuk perapan daging.
  8. Selepas itu perap daging dan masukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam (Bukan bahagian sejuk beku ya).
  9. Keluarkan daripada peti sejuk, dan masukkan dalam pemanggang dan panggang sehingga masak.

Salad tambahan

  • Kentang
  • Brokoli
  • Buah tomato
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Cili benggala

Cara-cara menyediakan salad tambahan

  1. Goreng kentang hingga masak sekata
  2. Gaul kentang bersama brokoli, tomato, cili benggala, garam dan lada hitam secukup rasa.
  3. Kukus atau bakar salad sehingga empuk.
  4. Hidang bersama daging yang telah dibakar. Tuangkan baki sos lada hitam yang dimasak keatas hidangan.

Note: Untuk lebih menarik, boleh juga dihidangkan bersama menu Kentang Putar (Mashed Potato) ala-ala KFC

Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

Kongsi
Artikel sebelumResepi Ayam Butter
Artikel selepasResepi Ayam Pandan Thai
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini