Kuih tepung pelita sering menjadi pilihan ketika ingin berbuka puasa. Rasanya yang enak lemak-lemak manis sesuai dijadikan menu pencuci mulut. Cara membuatnya juga mudah sahaja.

Anggaran hidangan: 20 bekas sekiranya menggunakan bekas plastik bersaiz sederhana.

Tepung lapisan santan (bahagian atas)

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji kelapa parut
  • 5 gelas air
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar tepung beras – dibancuhbancuh dengan santan

Cara penyediaan:

  1. Perah kelapa menggunakan 5 gelas air. Asingkan sedikit untuk dibancuhkan dengan tepung beras.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk
  3. Tambahkan 1 1/2 sudu kecil garam
  4. Masakkan hingga panas kemudian masukkan bancuhan tepung beras.
  5. Kacau hingga menggelegak dan tutup api.

Tepung lapisan hijau (bahagian bawah)

Bahan yang diperlukan:

  • 2 gelas tepung beras
  • 7 helai daun pandan – di-blend dengan 2 gelas air
  • 5 gelas air
  • 2 sudu teh air kapur makanan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula

Cara penyediaan:

Satukan kesemua bahan di atas dan kacau hingga berkilat seperti lilin.

Cara mengukus tepung pelita:

  • Sediakan bekas daun pisang ataupun sekiranya tiada, bekas plastik sederhana pun boleh (dialas dengan daun pisang).
  • Masukkan satu sudu teh gula ke dalam setiap bekas dan kukus sebentar bekas ini sehingga gulanya cair.
  • Masukkan tepung lapisan hijau dan kukus selama 3 minit.
  • Angkat dari kukusan dan taburkan 1/2 sudu teh gula lagi atas tepung hijau.
  • Kemudian terus tuangkan tepung lapisan santan pekat yang telah dimasak tadi.
  • Siap.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini