Kuih koci antara kuih tradisional yang mudah dibuat. Enak dengan rasanya yang lemak-lemak manis, makan sekali pasti hendak lagi.

*Doh kuih koci

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu beras pulut hitam dikisar halus dan diayak
  • Sedikit garam
  • 1 cawan air

Cara-cara menyediakannya:

  1. Tepung pulut dan beras pulut hitam serta garam digaul sebati kemudian curah air sedikit demi sedikit (Jangan curah kesemuanya untuk mengelakkan terlalu lembik. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat pada tangan)

**Inti kelapa manis

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 biji kelapa parut/kelapa segera/kelapa kering (tuangkan sedikit air panas untuk melembapkannya)
  • 1 biji gula melaka
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
  • Beberapa helai daun pandan yang disimpul

Cara-cara menyediakannya:

  1. Masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir dan daun pandan dengan sedikit air. Masak sehingga gula hancur kemudian air rebusan gula ditapis.
  2. Masukkan kelapa parut tadi.
  3. Masak sekejap diatas dapur sehingga dilihat agak sedikit kering.
  4. Kemudian masukkan bancuhan tepung gandum tadi dan masak sehingga ia lembap-lembap.
  5. Sejukkan dan bulat-bulatkan inti tersebut

***Kuah santan pekat

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 cawan santan pekat
  • Sedikit garam

Cara-cara menyediakannya:

  1. Tepung beras dicampurkan ke dalam santan pekat.
  2. Kacau hingga sebati dan masukkan garam.
  3. Masak adunan sehingga pekat.

Penyiapan kuih koci

Cara-cara menyediakannya:

  1. Masakkan air dalam satu periuk untuk rebus doh kuih koci.
  2. Ambil sedikit *doh kuih koci tadi, bulatkan sebesar kuih onde-onde kemudian leperkan diatas tangan.
  3. Masukkan *inti kelapa manis kemudian tutup dan bulatkan doh (buat sehingga habis doh).
  4. Setelah air rebusan mendidih, masukkan doh-doh kuih koci yang berinti ini kedalam air rebusan sehingga kuih koci ini masak dan terapung.
  5. Masukkan pula doh kuih koci yang telah masak ke dalam adunan ***kuah santan pekat.
  6. Menggunakan sudu, ambil doh koci yang bersalut dengan kuah santan pekat tadi dan letakkan diatas daun pisang yang telah disapu minyak.
  7. Bungkuskan kemudian kukus selama 5-7 minit untuk menaikkan aroma daun pisang.
  8. Siap.

Nota: Layurkan daun pisang diatas api supaya ia senang untuk dilipat.

Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Ayam Sambal Bali
Artikel selepasResepi Ketam Telur Masin
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini