Kuih keria Melaka menjadi fenomena apabila ramai pelanggan diserata Malaysia mula menggemarinya. Enak dan tidak terlalu manis, sesuai untuk hidangan minuman ringan petang sambil bergelak ketawa bersama keluarga.

Anggaran hidangan: 15-20 biji

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500 gram ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 keping Gula melaka
  • 1 sudu gula pasir
  • 1 cawan air

Cara-cara membuatnya:

  1. Rebus ubi keledek sehingga empuk
  2. Toskan, lenyek ubi keledek kemudian campur dan gaulkan bersama tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat sehingga menjadi doh keria
  3. Bulat-bulatkan doh keria dan bentukkan menjadi bentuk “O”
  4. Goreng doh keria yang telah dibentuk kemudian toskan
  5. Campur dan cairkan gula melaka, gula pasir dan air sehingga mendidih dan pekat
  6. Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati
  7. Toskan gula berlebihan dengan peapis. Siap untuk dihidangkan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

1 COMMENT

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini