Resepi ketam telur masin, khusus untuk penggemar makanan seafood. Rasanya lemak-lemak masin. Enak diratah ataupun dimakan bersama nasi yang panas.

Anggaran hidangan: 2 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 ekor ketam
  • 4 sudu besar mentega
  • 3 biji bawang putih dicincang
  • 6 batang cili padi dipotong kecil (kalau nak lebih pedas, boleh tambah)
  • Sedikit daun kari
  • 3 biji telur masin yang telah direbus (1 biji diambil putihnya sahaja dan dihancurkan, selebihnya ambil kuning telurnya sahaja)
  • 1/2 tin susu cair
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula

Untuk goreng ketam

  • Dua sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • Sedikit garam

Cara-cara menyediakannya:

  1. Bersihkan ketam dan potong dua.
  2. Ketuk-ketuk di bahagian sepit supaya retak (untuk memudahkan ketika makan)
  3. Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak.
  4. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam anggaran masa 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam itu overcooked dan isinya kekal pejal.
  5. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Kemudian goreng seketika.
  6. Angkat ketam yang telah digoreng, toskan dan ketepikan.
  7. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin.
  8. Kacau bahan-bahan didalam kuali sehingga berbuih.
  9. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau lagi sehingga semuanya sebati.
  10. Tunggu sehingga kuah memekat. Kemudian bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah gula dan garam secukup rasa.
  11. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi.
  12. Gaul kesemuanya sehingga sekata.
  13. Tutup api dan hidangan siap untuk dihidangkan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini