Ketam masak tiga rasa cukup menggiurkan untuk penggemar makanan laut. Isinya yang manis dilengkapkan dengan rasa kuah pelbagai rasa. Sesuai diratah begitu sahaja ataupun dihidangkan bersama nasi.

Anggaran hidangan: 4-5 orang

Bahan-Bahan:

  • 5 ekor ketam yang telah dibersihkan dan dipotong dua
  • 4 sudu besar cili kering yang telah dikisar *
  • 4 biji cili padi dihiris
  • 3 biji bawang putih dicincang halus *
  • 3 helai daun limau purut dihiris halus *
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 biji lada merah dihiris
  • 1 batang serai dihiris halus*
  • 1 biji buah tomato dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Garam dan gula secukupnya

Cara Memasak:

  1. Ketam diperap dengan serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng dan diasingkan.
  2. Tumis bawang putih dan serai sehingga wangi dan berwarna sedikit keperangan.
  3. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan daun limau purut kemudian tumis sehingga garing.
  4. Masukkan bahan lain (cili padi, bawang besar, lada merah, tomato, sos cili, sos tiram dan serbuk kunyit). Jika kuah sos menjadi terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Bila sudah mendidih dan sebati, padamkan api. Tuangkan kuah sos ke atas ketam yang digoreng tadi.
  7. Hidangkan sedia dihidangkan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini