Ketam masak lemak cili api, sedapnya dimakan ketika panas-panas. Lemak-lemak, manis pedas. Rasa sekali pasti nak lagi. Tapi jika ada gout hati-hati ye. Hehehe

Bahan-Bahan:

  • 3 ekor ketam segar
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
Bahan untuk kisar halus:
  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Secubit belacan

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit.
  2. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
  3. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit.
  4. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
  5. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

Kongsi
Artikel sebelumResepi Sup Ikan Merah
Artikel selepasResepi Air Mangga Susu Special
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini