Kek pisang antara kek yang mudah dibuat kerana bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati. Cara membuatnya juga senang, dan ia sering digemari ramai kerana rasa lemak, lembut dan juga tidak terlalu manis.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 8 biji pisang bersaiz sederhana (pisang berangan pun boleh) – dilecek @ diblend tanpa air
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung *optional
  • 1 sudu teh baking powder
  • ¾ cawan butter cair
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla/esen pisang
  • ½ sudu kecil garam halus

Penyediaan:

  1. Pisang dilecek @ diblend dengan blender hingga hancur tanpa menggunakan air .
  2. Tuangkan pisang yang telah dilecek/diblend ke dalam bekas lain.
  3. Campurkan sedikit garam dan juga soda bikarbonat.
  4. Gaul rata dan ketepikan.
  5. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan susu tepung kemudian ketepikan.
  6. Cairkan butter sehingga penuh ¾ cawan.
  7. Sediakan loyang atau bekas untuk membakar (boleh guna spring foam 10 inci). Alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan dengan sedikit butter.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Dalam bekas pemutar, masukkan telur bersama gula dan esen vanilla. Putar sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan butter cair dan putar lagi.
  3. Tuangkan pula adunan pisang dan putar sehingga sekata.
  4. Selepas itu masukkkan tepung dan putar lagi dengan menggunakan kelajuan yang rendah, kemudian diubah kepada kelajuan sederhana sehingga adunan bercampur sempurna.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang. *Hiaskan permukaan atas adunan dengan kepingan pisang – optional.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
  7. Siap

Nota: Untuk memeriksa sama ada kek telah masak atau tidak, cucuk bahagian tengah kek dengan lidi atau chopstick. Jika lidi atau chopstik yang telah dicucuk keluarnya dalam keadaan kering, maknanya kek telah cukup masak. Jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.

Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Ketam Telur Masin
Artikel selepasResepi Biskut Semperit Tradisional
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini