Kek coklat kukus, mudah dimasak enak dimakan. Cair didalam mulut, membuatkan diri termimpi-mimpi akan keenakannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan marjerin yang telah dicairkan
  • 1 1/4 cawan tepung gandum / tepung kek
  • 1 sudu baking powder
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 1 sudu esen vanilla
  • 4 biji telur
  • Aluminium foil

Cara-cara menyediakannya:

  1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat dan marjerin cair ke dalam periuk. Masak hingga larut dan pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
  2. Dalam bekas yang berlainan, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  3. Satu lagi bekas berlainan, pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan campuran pertama (1) kedalam adunan telur.
  4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Kacau hingga sebati.
  5. Tuangkan adunan kek coklat ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil (untuk elakkan dimasuki air).
  6. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  7. Kukus kek selama 1 jam.

Untuk topping Kek Coklat Kukus

  • 2 sudu mentega
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu makan serbuk koko

Cara-cara menyediakannya:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan sehingga larut.
  2. Biarkan ia mendidih buat seketika.
  3. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sebelum dituang atas kek coklat kukus.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

Kongsi
Artikel sebelumResepi Pulut Mangga Thai
Artikel selepasResepi Sup Tulang
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini