Ini adalah resepi untuk memasak daging masak black pepper yang mana ia merupakan salah satu lauk yang sedap untuk dimakan bersama-sama kuah tomyam panas. Sedap hingga menjilat jari. Yummy!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500g daging (bahagian batang pinang)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 2 tangkai cili merah dipotong nipis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk separuh hancur
  • Kicap manis
  • Bawang besar

Cara-cara menyediakannya:

  1. Panaskan 2 senduk minyak masak, goreng daging selama 3-4 minit.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Menggunakan lebihan minyak tadi, kurangkan kepada angggaran 1/2 senduk minyak.
  4. Tumis sekali bawang putih dan lada hitam.
  5. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam.
  6. Kacau sebentar kemudian masukkan pula daging. Masak dengan menggunakan api besar dan jangan berhenti mengacau bahan masakan dalam kuali.
  7. Kemudian tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Selepas kuah menjadi sedikit pekat, padam api dan ia sedia untuk dihidangkan.
  8. Boleh tabur daun bawang untuk hiasan.

Tips – Untuk melembutkan daging, potong daging melintang urat dan pastikan ianya tidak dimasak terlalu lama di atas api yang besar.

Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini