Cucur bawang antara hidangan ringan yang boleh dihidangkan ketika meluangkan masa bersama keluarga di hari cuti. Selain mudah dibuat, ianya juga enak dimakan.

Anggaran hidangan: 2-3 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 sudu kecil serbuk ikan bilis dibancuh dengan air (optional)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil minyak masak (petua untuk rangupkan cucur)
  • Garam (setengah sudu kecil)
  • Air secukupnya

Cara-cara membuatnya:

  1. Campurkan tepung dan bawang besar. Gaul hingga sekata.
  2. Masukkan bancuhan garam dan minyak. Gaul bagi sebati.
  3. Masukkan air ikan bilis (jika ada) dan telur. Gaul lagi sehingga sebati.
  4. Tambahkan air sedikit demi sedikit, sehingga adunan menjadi likat. Jangan biarkan adunan terlebih cair untuk mengelakkan susah untuk digoreng.
  5. Panaskan minyak dan menggunakan sudu, cedok adunan dan masukkan dalam kuali.
  6. Tunggu hingga ia sedikit masak kekuningan. Kemudian angkat dan toskan. Cucur bawang sedia untuk dihidangkan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

2 COMMENTS

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini