Churros, dikenali sebagai donut di negara asalnya, Sepanyol. Enak dimakan ketika panas. Dicicah dengan dip-dip yang pelbagai rasa. Merupakan pencuci mulut yang tidak muak dimakan.
Anggaran hidangan: 3-4 orang
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 sudu besar marjerin/mentega/lepa susu
- 2 biji telur
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara membuatnya:
- Campur dan masak sekali air, marjerin,serbuk kayu manis, esen vanilla dan gula pasir dalam satu periuk kecil
- Setelah bahan-bahan larut masukkan tepung gandum dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga sebati
- Tutup api
- Masukkan telur dan gaul lagi sehingga kering dan membentuk adunan
- Masukkan adunan ke dalam piping beg (guna nozel bunga)
- Panaskan kuali dengan anggaran minyak yang sesuai untuk menggoreng
- Paipkan adunan tadi ke dalam minyak yang sudah dipanaskan itu
- Goreng sehingga warnanya bertukar kepada perang keemasan
- Toskan dan tabur gula icing ataupun dipkan ke dalam coklat cair. Hidang sedia untuk dimakan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
tak pernah makan churros ni
nampak macam sedap dan mudah pula nak buatnya.
bolehlah try nanti.
Seronoknya kat sini ada macam-macam resepi.
Tak pernah lagi makan chorus
Nampak sedap