Chocolate brownies kedut antara menu pencuci mulut yang pernah viral satu ketika dulu. Cara membuatnya mudah saja, namun ianya enak dimakan kerana tidak terlalu manis. Untuk resepi chocolate brownies kedut yang sedap, boleh rujuk dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 400 gram dark chocolate compound (boleh digantikan dengan milk chocolate)
  • 150 gram unsalted butter (disarankan guna Pure Creamery Butter SCS)
  • 100 gram tepung naik sendiri
  • 100 gram gula perang
  • 100 gram gula castor
  • 50 gram kacang yang dicincang kecil (boleh guna kacang walnut ataupun gajus)
  • 30 gram serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Chocolate Nuttela (digunakan untuk hiasan)

Cara-cara menyediakannya

  1. Campurkan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila ke dalam satu bekas.
  2. Gaul sehingga rata menggunakan pemukul telur.
  3. Di dalam satu bekas yang lain pula, Campurkan dark chocolate dengan butter.
  4. Masak dan cairkan campuran itu dengan menggunakan kaedah double boiler (bekas masakan yang dipanaskan dengan cara meletakkan satu bekas tahan panas diatas periuk yang dipenuhi dengan air yang sedang mendidih), sehingga campuran menjadi larut.
  5. Tuangkan campuran gula dan telur tadi kedalam campuran coklat. Gaul hingga sekata.
  6. Masukkan kacang.
  7. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk coklat tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 10 x 10 inci yang telah di lapik kertas kek dan disapukan juga dengan butter.
  9. Panaskan oven kepada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit.
  10. Bakar adunan dalam ketuhar yang bersuhu 160 darjah celcius itu selama 30 minit.
  11. Bila adunan brownies telah masak, tutup oven.
  12. Kemudian, biarkan ia dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.
  13. Sesudah siap, boleh keluarkan brownies dan corengkan dengan chocolate nuttela diatasnya.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

Kongsi
Artikel sebelumResepi Mudah Ayam Masak Kicap
Artikel selepasResepi Sup Ikan Merah
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini