Char kuey teow Penang, sedap. Anak mami punya penangan, makan sekali nak lagi. Mai pakat-pakat buat naa!

Bahan A (Paste)

  • 6 ekor udang (nak lebih pun tak apa)
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil petis
  • 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1 sudu kecil)
  • 1 sudu kecil gula
  • Sedikit air untuk bancuhan

Bahan B (Mee)

  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu besar cili boh
  • Kerang yang telah diperisikan
  • Sedikit daun kucai dan taugeh
  • 2 biji telur

Cara-cara menyediakannya paste:

  1. Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan toskan airnya. Air rebusan jangan dibuang.
  2. Campurkan semua bahan untuk paste dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga pekat. Matikan api dan biarkan paste sejuk dan bolehlah disimpan didalam peti.

Cara-cara menyediakan mee:

  1. Tumis cili boh hingga garing. Masukkan dalam 4 sudu besar paste yang telah disiapkan tadi.
  2. Masukkan udang yang telah direbus dan juga kerang.
  3. Letakkan sedikit air dalam 1/2 cawan.
  4. Setelah bahan campuran mula mendidih, masukkan kuey teow, daun kucai, dan taugeh.
  5. Kacau hingga rata.
  6. Kemudian pecahkan telur dan kacau. Bila kuey teow kelihatan kering boleh padamkan api, dan dihidangkan panas-panas.

Nota: Proses memasak char kuey teow Penang ini mengambil masa dalam 3-4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.

Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Ayam Halia
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini