Bubur daging antara menu yang sering menjadi pilihan apabila seseorang itu merasa badannya tidak berapa sihat. Bubur daging mudah dibuat, dan sememangnya orang bujang pun boleh memasaknya dengan sedap.

Anggaran hidangan: 1 orang

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Segenggam beras
  • Sawi pak choy (dipotong kecil)
  • Sebiji lobak merah (dipotong kecil)
  • Seketul kiub pati ayam Knorr
  • Daging cincang (boleh letak banyak mana yang anda suka)
  • Air untuk merebus

Cara menyediakannya

  1. Basuh beras, sawi pakchoy, lobak merah dan daging cincang sehingga bersih (toskan)
  2. Masukkan beras dan daging hancur ke dalam periuk.
  3. Masukkan air sehingga 3/4 daripada periuk tadi.
  4. Masak sehingga beras kembang, kemudian masukkan kiub pati ayam
  5. Bila bubur mula kelihatan pekat, masukkan lobak merah dan sawi pakchoy dan biarkan masak lebih kurang 3-4 minit.
  6. Hidangan sedia untuk dihidangkan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Sup Tulang Merah
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

1 COMMENT

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini