Bubur ayam enak dimakan ketika panas lebih-lebih lagi apabila badan tidak berapa sihat. Bubur ayam mudah dibuat, dan resepi dibawah menjadikannya seakan-akan rasa bubur ayam McD.

Anggaran hidangan: 2-3 orang

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 1 1/2 cawan beras
  • 1/4 ekor ayam
  • 1 biji lada merah
  • 1 inci halia dicincang halus
  • sedikit bawang goreng
  • serbuk pati ayam
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit daun bawang dan daun sup yang telah dihiris
  • serbuk lada sulah
  • air secukupnya

Cara menyediakannya

  1. Rebuskan ayam dan pastikan air rebusannya banyak kerana ia akan digunakan untuk memasak bubur juga.
  2. Sesudah ayam masak, asingkan ayam dan air rebusan ayam itu.
  3. Carikkan daging ayam ataupun potong kecil-kecil.
  4. Basuh beras sehingga bersih.
  5. Rebus beras dengan air rebusan ayam tadi.
  6. Bila bubur telah masak, masukan halia, serbuk pati ayam, dan garam secukup rasa. Masukkan juga daging ayam yang telah dipotong/dicarikkan ke dalam bubur.
  7. Biarkan ia mendidih untuk seketika.
  8. Akhir sekali, taburkan hirisan bawang goreng, lada merah, daun bawang dan daun sup. Titiskan juga beberapa titik minyak bijan.
  9. Boleh juga taburkan serbuk lada sulah diatas bubur (optional). Sedia untuk dihidangkan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

Kongsi
Artikel sebelumResepi Singgang Ikan Mudah
Artikel selepasResepi Sup Tulang Merah
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

1 COMMENT

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini