Biskut semperit adalah antara biskut yang menjadi kegemaran ramai apabila tibanya musim raya nanti. Manis lemak dan cair dimulut membuatkan sesiapa saja yang memakannya pasti tidak akan cukup hanya dengan dua tiga keping sahaja. Cara-cara membuatnya, mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250 gram butter
  • 150 gram gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gram tepung gandum red rose (boleh juga guna tepung jenama lain)
  • 100 gram tepung kastard
  • 50 gram susu tepung
  • 30 gram tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Manik gula sebagai hiasan

Cara-cara menyediakannya:

  1. Ayakkan tepung red rose, susu tepung, tepung kastard dan tepung jagung ke dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna.
  4. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
  5. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius
  6. Sediakan loyang pembakar dan sapukan dengan sedikit butter
  7. Masukkan doh ke dalam acuan semperit dan tekan di atas loyang
  8. Seragamkan panjang biskut dalam 2.5cm
  9. Tabur dan hiaskan manik gula diatasnya
  10. Bakar dalam 15 minit (Bergantung kepada situasi, sekiranya kuih dah nampak masak. Boleh dikeluarkan daripada over)
  11. Sejukkan untuk seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

Kongsi
Artikel sebelumResepi Kek Pisang Mudah
Artikel selepasResepi Sambal Tumis Daging
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini