Biskut coklat rice adalah diantara biskut raya yang mudah dibuat. Selain ia menggunakan bahan yang senang dicari, ianya juga pilihan ramai untuk dihidangkan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ketul butter
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cawan gula halus atau gula kasar yang telah dihancurkan
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 cawan tepung MFM atau tepung gandum (kalau guna tepung MFM lebih lembut biskutnya)
  • Coklat rice atau coklat chips untuk diguna sebagai hiasan
  • Acuan bentuk biskut mengikut citarasa

Cara-cara menyediakannya:

  1. Masukkan, kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan butter dan kuning telur kedalam mesin adunan, adun sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan pula gula halus dan esen vanila dan teruskan mengadun.
  4. Seterusnya tuangkan kedalam bekas besar dan masukkan serbuk koko, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  5. Uli sehingga sebati, dan sekiranya adunan masih lembut tambahkan lagi tepung. Uli sehingga ia adunan tidak melekat di tangan.
  6. Ambil adunan dan gelekkan, kemudian tekap dengan acuan biskut.
  7. Seterusnya sapu telur putih dan kemudian tabur coklat rice diatasnya.
  8. Bakar dengan suhu 160 dalam tempoh masa 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini