Biskut alien pernah viral beberapa ketika. Cara nak buatkannya pun mudah sahaja kerana menggunakan bahan yang minimal. Biskut ini boleh dimakan bila-bila masa sahaja, tapi kalau musim raya mesti akan jadi pilihan sebab bentuknya yang unik.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 400 gram tepung jagung
  • 1/2 buttercup
  • 1/2 susu pekat
  • 4 sudu susu tepung
  • *Chocolate chip dan chocolate rice untuk hiasan (optional)

Cara-cara menyediakannya:

  1. Masukkan susu tepung, buttercup dan tepung jagung.
  2. Adun sehingga sebati.
  3. Kemudian tuang 1/2 tin susu pekat dan gaul-gaul lagi sampai boleh jadikan doh-doh bulat kecil (kalau terlebih keras, tambah susu pekat).
  4. Letak mata (chocolate chip), mulut (chocolate rice) pada doh bulat tadi kemudian bentukkan/picit hujung doh untuk jadikan kepala berbentuk jambul.
  5. Bakar guna ketuhar api bawah untuk lebih kurang 25 minit.

Nota: Jangan buat doh terlalu lembut, nanti biskut jadi leper.

Nota 2: Boleh masukkan pewarna kedalam doh mengikut kreativiti masing-masing dan boleh juga guna bahan lain untuk mata atau mulut.

Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini