Bebola daging boleh dimakan begitu sahaja. Lebih enak jika dimakan dengan spaghetti. Sebiji seorang tidak mencukupi. Lebih enak, jika terdapat cheese cair didalamnya.

Anggaran hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan Bebola

  • 500 gram daging kisar
  • 100 gram bawang merah
  • 5 gram serbuk lada putih
  • 10 gram serbuk lada hitam
  • 20 gram daun bawang
  • 500 gram serbuk roti
  • 200 gram tepung gandum
  • 5 butir telur
  • Parmesan cheese

Bahan Sos

  • 20 gram bawang merah
  • 80 gram bawang putih
  • 20 gram kunyit hidup
  • 10 gram lengkuas
  • 100 gram cili kering
  • 2 sudu besar minyak
  • 80 gram kerisik*
  • ½ cawan santan pekat*
  • 1 sudu besar sos cili (yang telah dimasak)*
  • 1 sudu kecil air asam jawa*
  • Sedikit garam dan gula

Cara-cara menyediakannya:

  1. Gaul kesemua bahan-bahan iaitu daging, bawang merah daun bawang, lada putih, lada hitam dan garam. Uli perlahan-lahan sehingga sebati.
  2. Jemput sedikit daging yang telah diuli tadi dan ratakan ia diatas tapak tangan.
  3. Letak sedikit parmesan ditengah-tengahnya.
  4. Tutup keliling doh daging tadi dan gentelkan ia sehingga menjadi bulat.
  5. Panaskan minyak untuk menggoreng
  6. Golek-golekkan bebola daging diatas sedikit tepung gandum kemudian celup ke dalam telur.
  7. Golekkan pula bebola daging tadi diatas serbuk roti.
  8. Kemudian, goreng bebola daging sehingga garing kekuningan.
  9. Sebelum dihidangkan, susun aturkan bebola daging mengikut kreativiti masing-masing dan sertakan sekali sosnya.
  10. Cara untuk membuat sos, kisar semua bahan KECUALI kerisik, cili masak, santan dan juga air asam (4 bahan yang bertanda *).
  11. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut hingga naik baunya.
  12. Masukkan santan dan cili masak, kemudian kacau hingga sebati.
  13. Tuangkan kerisik dan sedikit air asam. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  14. Kacau sehingga mendidih, sebelum boleh dihidangkan bersama bebola daging.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

Kongsi
Artikel sebelumKentang Putar (Mashed Potato) ala-ala KFC
Artikel selepasResepi Ayam Butter
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini