Resepi ayam sambal Bali pelengkap hidangan makan tengahari. Sekali makan, terasa seperti berada di Bali, Indonesia.

Anggaran hidangan: 2 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5 Ketul paha ayam
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
  • 1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
  • 1 sudu kecil jintan kasar (ground fennel seed)
  • 3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
  • Sedikit kicap pekat
  • Beberapa biji cili kering
  • 1 tangkai daun kari
  • 3-4 helai daun limau purut
  • Sedikit asam keping
  • Minyak masak
  • Garam dan gula

Cara Memasak:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
  2. Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan yang telah dikisar.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan ayam yang telah diperap. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
  4. Bila ayam kelihatan sudah agak masak, baru masukkan bahan perapan tadi.
  5. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Hidangan siap untuk dihidangkan.
  8. Selain makan bersama nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini