Ayam percik sering jadi pilihan ketika ingin menjamu selera berbuka puasa. Cara-cara hendak membuatnya tidaklah susah sangat. Jom kita cuba buat.

Anggaran hidangan: 4 orang

Bahan utama yang diperlukan:

  • 1 ekor ayam dipotong 4

Bahan untuk kisar halus (perapan):

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu kecil garam

Bahan untuk kuah percik:

  • 8-10 ulas bawang merah
  • 4-5 tangkai cili kering
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 cm halia
  • 1 batang serai
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air asam jawa

Cara- cara menyediakan kuah:

  1. Kisar sekali serai, halia, cili kering dan bawang merah.
  2. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak diatas api yang dibuka sederhana.
  3. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak.
  4. Perasakan dengan air asam jawa, gula dan garam.
  5. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Cara-cara menyediakan ayam:

  1. Perap ayam yang sudah dipotong dan dibersihkan dengan bahan yang telah dikisar halus selama 1 jam setengah (lebih lama diperap lagi sedap).
  2. Celupkan ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak.
  3. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Bubur Daging Cincang
Artikel selepasResepi Roti John Cheese Meleleh
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini