Ayam goreng pandan thai, enak dimakan begitu sahaja. Juga sesuai untuk dijadikan lauk hidangan makan tengahari. Buat penggemar ayam, resepi ini mudah sahaja.

Anggaran hidangan: 4-5 orang

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 1/2 ekor ayam, dipotong kiub kecil (anggaran kiub 1.5 inci setiap satu)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair (boleh digantikan dengan 1 sudu besar kicap pekat)
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (boleh ganti dengan 1 sudu besar cilikisar)
  • daun pandan bersaiz besar secukupnya
  • bilah pencucuk gigi secukupnya
  • sedikit garam

Bahan-bahan tumbuk halus:

  • 4-5 biji bawang merah
  • 1 ketul kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara-caranya menyediakannya:

  1. Bersihkan ayam dan toskan untuk seketika.
  2. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan yang ditumbuk halus dan juga bahan-bahan lain (kecuali daun pandan dan bilah pencucuk gigi).
  3. Perap ayam tersebut selama setengah jam.
  4. Kemudian, balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan seperti cara membalut ketupat. Tidak perlu terlalu rapat dan biarkan ada sedikit ruang.
  5. Cucuk dengan bilah pencungkil gigi atau lidi bagi mengelakan daun daripada terbuka.
  6. Goreng ayam yang telah dibalut ke dalam minyak panas sehingga masak.
  7. Angkat dan hidangkan ayam goreng pandan bersama sos cili Thai.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini