Ayam madu BBQ, dibakar panas-panas. Sedapnya hingga menjilat. Lebih enak dimakan ketika berdamping bersama keluarga tersayang di tepi-tepi air terjun.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kilogram ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • garam secukup rasa
  • sedikit asam jawa

Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Bersihkan ayam dan rendam buat seketika dengan air asam jawa (untuk kurang bau hanyir ayam).
  2. Selepas 5 minit, bilas ayam dengan air bersih.
  3. Kelarkan ayam supaya nanti rempah BBQ dapat menyerap ke dalam isi. Asingkan dalam satu bekas.
  4. Masukkan bahan-bahan untuk membuat rempah BBQ ke dalam blender dan blend sehingga sebati (bawang besar, bawang putih, halia, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, madu, kicap pekat dan garam).
  5. Sesudah siap di-blend, gaul dan sapukan dengan rata rempah BBQ pada ayam.
  6. Masukkan ke dalam tupperware, tutup dan perapkan di dalam peti sejuk buat seketika (jika diperap semalam, rasanya lebih sedap).
  7. Selepas sudah diperap, ayam boleh dikeluarkan dari peti dan dibakar.

Tips untuk bancuhan minyak yang disapu keatas ayam ketika dibakar – Ikatkan 2 batang serai hidup dan tumbuk hujungnya. Campurkan sedikit minyak bersama rempah BBQ madu ke dalam satu mangkuk kecil. Bakar daging ayam dan gunakan hujung serai tadi untuk dilumurkan minyak campuran ke atas daging ayam yang dibakar.

Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Sup Tulang
Artikel selepasResepi Pengat Pisang
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

2 COMMENTS

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini