Resepi ayam hali, sedap dimakan bersama-sama dengan nasi yang panas-panas. Sesuai dijadikan lauk untuk mereka yang ingin buangkan angin berlebihan dalam badan. Cubalah kalau tak percaya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500 gram ayam dipotong kecil
  • 4 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 2 cm halia dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah dihiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang dihiris panjang 2cm cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • minyak masak
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit kunyit
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:

  1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak kemudian angkat dan ketepikan setelah masak.
  2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi dalam anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih/lada hitam. Kacau seketika tapi hati-hati supaya bawang putih tidak hangus.
  5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat.
  6. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  7. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  9. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan.
  10. Hidangan sedia untuk dimakan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

Kongsi
Artikel sebelumResepi Roti John Cheese Meleleh
Artikel selepasResepi Char Kuey Teow Penang
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini