Ayam buttermilk, sekali sekala pekena menu mixed western sedap juga kan. Rasa lemak-lemak manis. Yang datang menjamu selera pun pasti makan hingga menjilat jari.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ketul ayam bahagian dada dipotong kiub kecil
  • 1 biji telur (putih telur sahaja)
  • 1/2 cawan tepung goreng ayam Kentucky (brand lain pun boleh)
  • 2 sudu besar butter
  • 1 ulas bawang putih yang telah cincang
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 biji cili padi
  • 1/2 cawan susu cair (boleh dikurangkan atau ditambah mengikut keperluan kepekatan)
  • Sedikit garam dan serbuk lada

Cara-cara menyediakannya:

  1. Perap ayam dengan garam, serbuk lada & putih telur selama 5-10 minit.
  2. Golekkan ayam yang diperap ke dalam tepung ayam goreng kentucky dan goreng sehingga masak dan garing.
  3. Seterusnya cairkan butter didalam kuali
  4. Tumiskan bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau wangi.
  5. Masukkan susu sedikit demi sedikit.
  6. Tambah garam dan lada, kacau sehingga pekat.
  7. Tuangkan sos butter yang dibuat ini ke atas ayam yang telah digoreng.
  8. Hidangkan sedia untuk dimakan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini