Resepi asam pedas ikan merah, antara hidangan kegemaran orang Johor. Mudah dibuat, sedap dimakan.

Bahan-bahan yang diperlukan (untuk 2 orang makan):

  • 1 ekor ikan merah bersaiz sederhana
  • 15 biji cili kering*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang kecil*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci kunyit*
  • Asam jawa sebesar bola pingpong
  • Daun kesum
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk perasa

Cara-cara menyediakannya:

  1. Kisar semua bahan bertanda (*) sehingga hancur.
  2. Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit garam supaya bahan tumis cepat garing.
  4. Tuangkan air asam jawa pekat-pekat.
  5. Biar dalam anggaran 5 minit sehingga naik bau.
  6. Masukkan ikan.
  7. Gaul sehingga rata, kemudian masukkan air. Boleh tambahkan air kalau nak lebih cair.
  8. Masukkan daun kesum
  9. Masukkan bahan perasa dan sedikit gula sehingga menepati selera tekak anda.
  10. Biarkan mendidih untuk seketika dan hidangan siap untuk dihidangkan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Air Soya Asli
Artikel selepasResepi Teh 3 Layer (3 Lapis)
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini