Air soya adalah minuman yang sedap diminum. Ia tidak menggunakan bahan-bahan yang susah diperoleh, dan ianya juga antara menu minuman yang mudah dibuat dirumah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg kacang soya
  • 9 liter air
  • 1 liter air gula
  • 3 helai daun pandan
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara menyediakannya:

  1. Bersihkan kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam.
  2. Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan penapis plastik.
  3. Untuk kisaran kali pertama, kisar atau blend kacang soya tersebut sehingga hancur dengan menggunakan 6 liter air .
  4. *Tapis air soya yang telah dikisar dengan menggunakan penapis teh tarik mamak/kain net. Perah kacang soya didalam penapis untuk mempercepatkan proses penapisan ini.
  5. Asingkan hampas kacang soya dalam satu bekas lain.
  6. Campur semula dengan 3 liter air, kemudian blend sekali lagi.
  7. Seterusnya tapis dan perah pati kacang soya tersebut ke dalam bekas yang sama dalam langkah 4*
  8. Kemudian, setelah siap memerah pati kacang soya, tuang air soya tersebut ke dalam periuk sederhana dan tapis sekali lagi dengan penapis plastik.
  9. Masak air soya dengan api yang perlahan.
  10. Masukkan 3 helai daun pandan dan satu sudu teh garam.
  11. Selang setiap 10-15 minit, kacau air soya supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom
Kongsi
Artikel sebelumResepi Sambal Tumis Daging
Artikel selepasResepi Asam Pedas Ikan Merah Johor
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini